Wednesday, September 21, 2011

Langit tak selalu cerah.

Amcam best kan tajuk dia kan. -"Langit tak selalu cerah."

Macam ni tajuk penuh dia. Langit tak selalu cerah bila mendung baru rasa susah. Tiada apa yang kita cari hanya "DIA". Tu yang malas nak tulis panjang-panjang tu haha.

Kita hidup ni ada susah ada senang kan?, ada masa kita gembira ada masa kita sedih , ada masa kita tersenyum, ada masa kita marah. Biasa lah kita ni manusia kan mesti ada rasa itu ini. Kalau tak da bukan manusia lah, binatang pun ada rasa macam tu haha. Tak caya kan . Pecaya lah setiap ciptaan tuhan tu ada perasaan. Ceh haha. Tak penah-penah aku nak tulis bab-bab ketuhanan ni. Mungkin dah sampai seru kot haha.

Aku selalu pikir kenapa lah dunia ni tak adil kat aku , asik aku je kena =_=" oh tidak adil .
Rupa-rupanya tak, dunia ni adil . Ada satu quote aku petik dari kawan aku.

"Tuhan tak kan duga umatnya lebih dari kemampuannya"-Nicekan. haha

Tapi bila kena dugaanya kita mesti mengeluhkan. haha. Aku pun mengeluh sambil hisap rokok, -Apa nak buat tu lah teman aku dari dulu lagi. haha.

"Peh apa lah nasib aku ni" pastu mesti cakap "apa salah aku sampai kena macam ni"

haha. Tak perlu tanya kita mesti ada salah sedar tak sedar je. Tak salah dengan orang salah dengan "DIA".

Salah satu cara nak ingatkan kita dengan bagi masalah kat kita supaya kita tak lebih sesat dan ingat kat "DIA" Kenapa kena dugaan? tak kan tak tahu kot. "DIA" sayang kita lah tu tak nak tengok kita ni lupa diri lalai.

Macam aku bila ada masalah selalu salahkan nasib, haha bodoh kan. Nasib tak da kena mengena dengan benda ni. Semua pasal kita gak. Dulu aku bila ada masalah , tertekan aku mesti nak cari cara lepaskan tekanan contoh -menjerit ke, belari-lari sampai penat, tido ke, pi enjoy ke. Sebab nak lupakan masalah tu .

Sekarang ni aku kalau ada masalah satu je tempat aku nak mengadu, luahkan isi hati yang terbuku kat hati cerita masalah iatu hanya dia "DIA" apa-apa sekarang aku serahkan kat "DIA" je tak da tempat lain. Biarlah "DIA" lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. Biarlah "DIA" tak membalas setiap kata-kata aku , tiada suara yang becakap balik, tak ada apa-apa. Aku sekarang tenang sebab aku ada "DIA" dulu aku tak nampak jalan ini sekarag ni aku nampak.

DIA lah tempat aku mengadu
DIA lah tempat aku besuara
DIA lah tempat aku bermohon
DIA lah tempat aku tersenyum
DIA lah tempat aku hilangkan kesunyian
DIA lah tempat aku bertatih dan kenal dunia ni

Aku tahu aku banyak besalah dengan "DIA" tapi setiap kita hanya ada "DIA".
Biasa lah aku orang yang banyak buat salah , terlalu banyak dari kecil sampai sekarang.
Aku bukan orang baik. hahaha. Sungguh ni . Jahil tak tahu apa-apa. Aku tahu aku tak sujud kat "DIA" tapi aku still ingat kat "DIA". -malunya aku.

Aku pasni perlahan-lahan untuk "sujud kepadanya".

Terima kasih lah kerana bukak kan mata aku yang dah buta ni kau buat aku sedar banyak benda yang indah dalam dunia ni.

Terima kasih kerana hilangkan sesuatu dalam hidup aku, aku tahu "DIA" akan menggantikan dengan yang lebih baik. Aku tadah tangan ni terima apa yang "DIA" beri.


P/s: Dunia tak indah bila hati becelaru, so aku lupakan apa yang becelaru. Dan tersenyum melihat yang becelaru itu.



"Everything happens for a reason. So, don't regret anything, forgive, forget and learn from your mistakes. What's meant to happen, will."



-muse-




No comments:

Post a Comment