Wednesday, September 28, 2011

That day.

That day -28.9.2011

Tarikh tu , peh. kenapa lah lalu sekali lagi. Tarikh tu tarikh biasa macam hari-hari yang biasa.

Tapi aku , tarikh tu buat aku sentiasa teringat
Setahun sudah benda tu berlalu tapi hari tu tetap aku ingat.

Setiap detik 28.9.2011. Aku hitung rapat-rapat setiap detik setiap saat aku kira.
Peh betapa perlahannya hari tu berlalu.

Hahahahaha. Aku pun tegelak apa tah aku tulis kat atas tu . Gila seni . Mood serius kot kat atas tu.

Tak da lah biasa-biasa lah. Tapi tarikh 28.9.20XX tu memang penting bagi aku . Aku ingat sampai bila-bila .

"Aku rasa memori hitam putih datang balik kat kepala aku bermain laju je."


Aku 28.9.2011 ni aku memang tak da mood, biasa lah semua orang ada hari dia . Hari sedih , Hari malas, Hari gembira, Hari ketawa macam-macam lah. Tapi aku hari tu aku tak tau nak cakap macam mana perasaan becampur aduk macam ABC belum makan cantik je bila dah gaul abis buruk terus . Macam tu gak perasaan aku muka nampak ok je dalam macam kena ribut. hahaha. -"Hati aku , aku je tau".


Kalau bahasa orang putih "I feel damm , that day". Aku bukan pandai BI pun belajar pun tak tinggi sekolah menengah je biasa lah. So BI pun level sekolah menengah je.


Bebalik pada tarikh tadi. Aku kalau boleh aku nak cuti je tarikh tu. Aku nak duduk rumah off handpone , Padam modem internet , tak bukak internet atau laptop . Aku nak duduk sorang-sorang je kat rumah. Tak nak jumpa orang , tak nak cakap dengan siapa-siapa pun.

"I just want to be alone that day, that all i wish".




Kenapa? Hari tu hari paling sedih dalam hidup aku. Tak pernah aku rasa macam tu . Kenapa aku sedih? entah lah . Aku sorang je tau dan ingat. Hari tu paling perit ah dalam seumur hidup aku.
Aku hari ni dah habis 2kotak rokok hahaha banyak duit melayang wowowo(Bajet duit terus lari). Sebab bila aku mula teringat apa yang terjadi hati aku sakit, macam orang tikam , pijak , pastu ludah, pastu buang. Tak terkata. hahaha.



Hati aku dah tak macam dulu. Nak tau macam mana?
Korang amik kertas pastu anggap tu hati korang pastu konyok kertas tu, dah konyok kertas tu korang buat balik macam biasa tengok mesti ada line-line kat kertas tu pastu kertas tu dah tak licin kan bekedut-kedut kan, macam tu lah hati aku hahahaha. Huduh kan kertas tu macam tu lah, hati aku.


Aku tak nak cerita apa-apa pasal benda ni, sebab dah berlalu pun. -_-"


Aku just boleh tersenyum je apa pun yang berlaku. Aku tau benda yang lepas tak kan kembali dan kita kena pandang ke depan je. Aku akan sentiasa tersenyum. :D

Ps: "Rasa itu rasa aku"

"I miss your smile"



-muse-


Monday, September 26, 2011

Tangan untuk kau.

Aku tak tau lak patut ke aku tulis atau tidak.
Aku hari ni jiwa aku betul-betul kacau. Aku pun tak tau lah kenapa.
Bukan tak tau , tapi tahu. Cuba untuk besabar. Ya Allah. Tolonglah hamba mu ni.

Kenapa lah kau duga aku macam ni cukup-cukuplah.
Kenapa kau bagi aku lihat benda yang aku tak nak lihat.
Kau dah amik segalanya dari aku, aku redha kenapa perlu uji aku lagi.
Kenapa ? cukuplah segalanya. Aku dah tak tahan lagi.

Tolonglah Ya Allah , Aku dah tak tau lagi kat siapa nak aku mengadu .
Kat siapa harus aku becerita.
Aku mohon kat kau supaya buang kan semua apa yang aku rasa.
dan pulangkan lah orang itu ke pangkal jalanmu tuhan.
"Tu je aku mintak"

Tuhan aku mohon tenangkan hati aku yang gundah gulana.
Kembalikan lah kehidupan lama aku yang tidak memikirkan tentang sesiapa.
Aku dah tak tau macam mana nak tempuh ujian-ujian kau tuhan,

Aku sangat lemah , tak berdaya lagi. Jiwa ,hati aku sakit tolonglah .
Aku dah tak sanggup . Aku tak tau la kenapa aku perlu laluai semua ini.

Aku bagi tangan ini untuk kau tuhan. Kau yang tentukan segalanya.
Aku serah kepada kau.

Tangan ini hanya mampu menadah meminta kau yang menentukan.

-muse-

Wednesday, September 21, 2011

Langit tak selalu cerah.

Amcam best kan tajuk dia kan. -"Langit tak selalu cerah."

Macam ni tajuk penuh dia. Langit tak selalu cerah bila mendung baru rasa susah. Tiada apa yang kita cari hanya "DIA". Tu yang malas nak tulis panjang-panjang tu haha.

Kita hidup ni ada susah ada senang kan?, ada masa kita gembira ada masa kita sedih , ada masa kita tersenyum, ada masa kita marah. Biasa lah kita ni manusia kan mesti ada rasa itu ini. Kalau tak da bukan manusia lah, binatang pun ada rasa macam tu haha. Tak caya kan . Pecaya lah setiap ciptaan tuhan tu ada perasaan. Ceh haha. Tak penah-penah aku nak tulis bab-bab ketuhanan ni. Mungkin dah sampai seru kot haha.

Aku selalu pikir kenapa lah dunia ni tak adil kat aku , asik aku je kena =_=" oh tidak adil .
Rupa-rupanya tak, dunia ni adil . Ada satu quote aku petik dari kawan aku.

"Tuhan tak kan duga umatnya lebih dari kemampuannya"-Nicekan. haha

Tapi bila kena dugaanya kita mesti mengeluhkan. haha. Aku pun mengeluh sambil hisap rokok, -Apa nak buat tu lah teman aku dari dulu lagi. haha.

"Peh apa lah nasib aku ni" pastu mesti cakap "apa salah aku sampai kena macam ni"

haha. Tak perlu tanya kita mesti ada salah sedar tak sedar je. Tak salah dengan orang salah dengan "DIA".

Salah satu cara nak ingatkan kita dengan bagi masalah kat kita supaya kita tak lebih sesat dan ingat kat "DIA" Kenapa kena dugaan? tak kan tak tahu kot. "DIA" sayang kita lah tu tak nak tengok kita ni lupa diri lalai.

Macam aku bila ada masalah selalu salahkan nasib, haha bodoh kan. Nasib tak da kena mengena dengan benda ni. Semua pasal kita gak. Dulu aku bila ada masalah , tertekan aku mesti nak cari cara lepaskan tekanan contoh -menjerit ke, belari-lari sampai penat, tido ke, pi enjoy ke. Sebab nak lupakan masalah tu .

Sekarang ni aku kalau ada masalah satu je tempat aku nak mengadu, luahkan isi hati yang terbuku kat hati cerita masalah iatu hanya dia "DIA" apa-apa sekarang aku serahkan kat "DIA" je tak da tempat lain. Biarlah "DIA" lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. Biarlah "DIA" tak membalas setiap kata-kata aku , tiada suara yang becakap balik, tak ada apa-apa. Aku sekarang tenang sebab aku ada "DIA" dulu aku tak nampak jalan ini sekarag ni aku nampak.

DIA lah tempat aku mengadu
DIA lah tempat aku besuara
DIA lah tempat aku bermohon
DIA lah tempat aku tersenyum
DIA lah tempat aku hilangkan kesunyian
DIA lah tempat aku bertatih dan kenal dunia ni

Aku tahu aku banyak besalah dengan "DIA" tapi setiap kita hanya ada "DIA".
Biasa lah aku orang yang banyak buat salah , terlalu banyak dari kecil sampai sekarang.
Aku bukan orang baik. hahaha. Sungguh ni . Jahil tak tahu apa-apa. Aku tahu aku tak sujud kat "DIA" tapi aku still ingat kat "DIA". -malunya aku.

Aku pasni perlahan-lahan untuk "sujud kepadanya".

Terima kasih lah kerana bukak kan mata aku yang dah buta ni kau buat aku sedar banyak benda yang indah dalam dunia ni.

Terima kasih kerana hilangkan sesuatu dalam hidup aku, aku tahu "DIA" akan menggantikan dengan yang lebih baik. Aku tadah tangan ni terima apa yang "DIA" beri.


P/s: Dunia tak indah bila hati becelaru, so aku lupakan apa yang becelaru. Dan tersenyum melihat yang becelaru itu.



"Everything happens for a reason. So, don't regret anything, forgive, forget and learn from your mistakes. What's meant to happen, will."



-muse-




Sunday, September 11, 2011

All i can say.

"I am sick of trying to make you happy all of the time everyday. I think I can let go. Surely there will be someone else,Who will make you happier.

Who will love you even more."


Ps: I am tired, nothing i can do.

If you apologize, it doesn't mean you're right or wrong. It means you value your relationship way more than your ego.