Thursday, December 6, 2012

Surat untuk teman.

Surat untuk teman. (Teman) 

Salam , hye lama tak jumpa kan. hehe. Tak pa jumpa sekejap pun dah cukup untuk aku simpan segalanya dalam hati ini. Hmm.. Betul lah kata orang, Bila kita jumpa orang kita nak kenal dia tak sampai satu minit pun , tapi untuk lupakan bukan ambil masa satu minit tu tapi lebih , mungkin makan bertahun lamanya. Tak pa tu semua masa yang tentukan. Kita hanya mampu merancang je tapi belum tentu apa yang dirancang itu dapat tak pa tu semua kuasa tuhan. Kita senyum je.

Macam ayat kau:
"kite boleh cube ape yang kite nak , tapi kite belum tentu dapat ape yang kite inginkan"

Hmm. Kenalkan ayat tu hehe. Sorry lah aku amik ayat kau. Hehe, bila lagi aku nak begurau dengan kau lagi kan. hehe. Jangan marah ye nanti nampak macam cina hehe. Ok ok, aku behenti. hehe. Aku saja je lah. Aku tulis ni pun bukan apa , kan aku cakap nanti bila aku dah tak jumpa kau lagi nanti aku tulis satu blog pasal kau kan. Hehe, kau pun tau kan bila kau baca ni kau tau tu lah kali teakhir kita jumpa kan. Macam aku cakap bila aku post je, tu lah hari last . Hehe, jangan sedih bila baca tau, senyum je. 

Aku pun tak tau bila hari teakhir aku jumpa kau tapi bila aku dah post ni , aku yakin tu lah hari teakhir. Macam dalam drama kan. hehe. Cerita yang sampai ke penghujung buku. Aku ada tebaca satu petikan ayat lah kan, "Bila satu cerita tamat , maka akan bermula cerita baru" bila seseorang tu menangis sedih maka seseorang yang lain akan gembira dan yang menagis akan gembira untuk orang yang gembira itu" macam tu lah hidup ni. Tak pa senyum je tau. 

First benda aku nak buat aku nak mintak maaf kat kau tak kira lah apa benda yang aku buat maaf kan aku , maaf kan aku kalau perangai aku buat kau sedih hari tu aku mintak maaf . :) Harap kau maaf kan aku kalau apa yang aku tulis ni menyinggung hati dan perasaan kau. "Maaf kan aku" tu je yang mampu aku buat. 

Pekara kedua aku nak buat , aku ucapkan terima kasih atas segalannya. Terima kasih banyak-banyak sebab tolong aku lalu 3tahun ni dengan senyuman. Terima kasih jadi kawan aku, teman aku terima kasih. Terima kasih sebab jadi pelangi yang sentiasa ceriakan hidup aku, bila sedih kecewa terima kasih sebab kau selalu ada. Terima kasih sebab jadi pelangi aku selama 3tahun ni. "Terima kasih" tu je yang mampu aku cakap. Sekarang ni aku dah tak perlukan pelangi dah , aku kena jalan sendiri , kau, aku nak kau teruskan gembirakan orang sekeliling . Aku kau jangan risau aku ok je. hehe.

Ni surat untuk kau bacalah: 

Surat untuk teman.

Dalam perjalan 3tahun ini, banyak benda yang korbankan, masa, duit, kegembiraan, senyuman, penat, keringat yang aku paksa untuk sampai ketahap ini. Ini mungkin bukan yang terbaik tapi aku berusaha sepenuh hati aku. Aku tak kisah apa orang nak cakap apa, bukan mereka yang laluai apa yang aku lalu. Aku je tahu. Mungkin korang jalan tak macam aku tapi ini jalan yang aku pilih untuk tebus segala kesilapan aku. Aku bangga aku mampu dengan apa yang aku laluai. Nanti aku ceritakan kat anak-anak aku, hahaha. Impian tu , kalau masih aku sempat hidup dalam dunia ini.

Teman....

Aku doakan kau bahagia , disamping keluarga kau ye. Aku kau jangan risau tau, aku ok je. Sentiasa ok. Jangan pandang belakang lagi. kau teruskan jalan kau, aku pilih jalan lain. Aku mintak maaf tak dapat ikot jalan yang kau jalan tu bukan takdir aku untuk teman kau. Aku mintak maaf gak, sebab selama ni aku tak perasan kau kat sisi aku, sentiasa teman aku dalam 3tahun ni. Sedih , gembira kau sentiasa ada , bila kau tak da baru aku rasa apa yang hilang . Tak pe, aku mungkin tak dapat cakap dengan mulut aku tapi aku tahu kau tau. Aku pun dah terima kententuan dari tuhan ini mungkin bukan cerita kita. Aku redha , sekarang ni setiap detik masa aku kira. semakin lama aku rasa semakin sesak. Aku tak tau kenapa. Tak pa aku ok je. Apa-apa pun aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kau. Aku jauh lagi jalan nak kena aku laluai. Aku mintak maaf tak dapat bawak kau, kau jangan sedih tau. Anggap apa aku cakap kat kau selama ni aku begurau tau. Tak da niat lain, aku cuma untuk buat kau gembira. Aku tak suka kau sedih. kau pun tau kan, biar semua sedih kau, aku amik, aku tinggalkan kegembiraan untuk kau. Tugas aku untuk gembirakan kau, buat kau tersenyum, amik segala duka sedih kau. Tu lah tugas seorang teman. Tak pa kau akan ada teman baru . Jangan pikir-pikir lagi pasal aku. Aku mungkin tak da lagi untuk kau aku mintak maaf. Kau kena kuat. Aku punya tugas hampir selesai, hanya tinggal berapa ketika je lagi. Banyak benda aku nak kau maaf aku. Yang boleh aku cakap maaf kan aku. Jaga diri kau, aku dah tak boleh jaga kau. Kau pernah mintak jantung aku kan, hehe. Jangan risau jantung aku kau punya. Dah lama dah aku bagi. Aku rasa tak da apa-apa aku hutang kat kau lagi kan. Owh aku lupa jam , tu nanti aku bagi ye aku tak sempat nak betulkan . Kau betulkan lah ye. Bukan aku tak sempat tapi aku biarkan , macam orang cakap kalau dah rosak biarkan mesti ada yang lebih baik akan gantikan. Hmm. lagi apa eh, Kalau kau sakit makan ubat jangan degil , dengar orang yang tersayang kau cakap, aku tak dapat nak tengok kau makan ubat. Untuk kebaikan kau. Lepas ni dengar apa orang yang tersayang kau cakap jangan melawan. Aku tak boleh nasihat kau lagi dah. Kau kena senyum tau, senyuman tu milik kau sorang je, tak da siapa boleh amik senyuman kau tu. Aku tengok senyuman kau dari jauh je. Lepas ni dah tak payah tengok bulan lagi , sebab bulan yang baru ada kat sisi kau sentiasa. Bulan kau langit tu jauh nanti orang cakap kau gila pulak. Hiduplah macam pelangi sentiasa gembira kan orang disisi masa mereka beduka masa mereka susah diorang perlukan kau, time tu aku dah tak da , tak pa aku gembira dengan hidup aku tau aku tak pernah menyesal dengan semua ni. Pilihan aku . Jalan sejauh yang boleh , pergi terbang setinggi-tinggi yang boleh. Jangan cari aku , aku tak da time tu tau. hehe. Satu lagi tolong jangan nangis bila baca ni. Aku tak boleh nak lap air mata kau, aku tak boleh nak bagi bahu aku kat kau. Tolong ye. :) Aku mintak tolong ye, ni aku mintak tolong kat kau buat kali teakhir ye. ok tau. Banyak benda aku nak tulis tapi tak pa lah ni je mampu aku nak cakap kat kau. Aku pun tak mampu untuk tulis panjang-panjang. Tangan aku kaku, mata aku masuk habuk pedih je rasa, aku punya nafas berombak aku pun tak tau kenapa tak sihat kot rasannya. mungkin demam kot. ok tau bye-bye. Kalau ada jodoh tuhan tu kita jumpa lah. Aku senyum lepaskan kau pergi. Pergi lah, jangan pernah kembali. Selamat tinggal .. kawan, sahabat, teman sisi ku selama tiga tahun ni. Selamat tinggal NFR :)

Jangan risau , aku simpan cerita ni jauh-jauh dalam diri aku. Biar lah tekubur dengan masa yang berlalu. Hanya satu je teman aku sekarang , yang kat atas tu .

ps:

Sometimes you have every reason to cry but you always have one reason to smile.


Friday, January 13, 2012

Kadang-kadang

Kadang-kadang(Tajuk ini dipetik dari seorang kawan)

Kadang-kadang hidup kita ni pelik , apa yang kita rasa betul dan benar sebenarnya salah .
Tapi kita dengar jugak cakap hati , kerana pecaya.

Tapi tuhan yang maha tahu segalanya. Setiap yang berlaku ada sebabnya, dan kenapa? tak perlu persoalkan kenapa?

Tak pa lah , hidup kita kan. Walau macam mana pun kita tetap besyukur dengan apa yang ada. :D
Kehilangan, pertemuan semuanya berlaku kerana kehendaknya. Kita mampu untuk berusaha je.

Tapi tak pa, setiap yang hilang pasti ada gantinya. Itu janji tuhan . Tak pa berdoa lah kepadanya.


" Tuhan tidak pernah berkata tidak pada apa yang kita pohon dan doakan, tapi tuhan menjawap doa kita dengan tiga cara iatu "ya", "belum sampai masannya" dan yang ketiga "Aku ada rancangan yang lebih baik untuk kau" sabarlah. "


Aku tau ada yang cakap kau bukannya baik pun nak cerita pasal ketuhanan, ye aku tau , aku sedar. Tak pa lah, cakap lah apa yang nak cakap. Aku terima je lah.
Aku malas dah nak amik tau.

Ingat lah setiap apa yang kita buat tuhan tahu, dan setiap yang tersembunyi pasti diketahuai yang menentukan cuma masa cepat atau lambat je. Aku tulis ni pun nak ingatkan diri aku sendiri asik lalai je, dengan godaan dunia ni .

Tu yang orang cakap , kadang-kadang kita jumpa dengan orang yang salah baru kita jumpa orang yang betul. Peluang datang bukan banyak kali kadang-kadang sekali , hargailah jangan sampai bila dah hilang baru terasa. "Sekarang ni baru aku nak sedar,buta sungguh aku ni" -(hahaha)

Haha, peh merapaik ayat gua tak macam jiwang pulak haha.
Tak pa mood ketuhanan dan insaf.

Gua sebenarnya nak tulis pasal azam 2012 tapi ni yang gua tulis . Tak pa, relex je . Nanti gua tulis.

Gua baru rasa gua buta hati dengan mata, biasa lah tu. Baru sedar hakikat:

"kadang-kadang tuhan dah tunjuk depan mata tapi kita tak perasan bila dah tak ada baru kita rasa."

Tak pa gua dah cuci mata gua dengan "Peluntur" hahaha.
Karang lagi gua tulis lagi gua merapik hahahah. Apa-apa pun ingat lah , aku ni buta haha.


"I am sorry , after all this year i am blind now i know"

Ps: I am regret.

-muse-